Sayang , Abang mintak maaf ..

Lelaki : assalamualaikum bidadariku ~ setiap hari selepas baca alQuran, sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis.. kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita : waalaikumussalam...orang merajuk...

Lelaki : laa...kenapa ni??

Wanita : semalam abang ponteng tahajjud !! sayang call kejut abang tak jawab..

Lelaki : astagfirullahal'azim..abang penat + malas semalam...

Wanita : tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2..

Lelaki : hmm..betullah tu..abang mintak maaf..

Wanita : kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal..bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah..macam mana kita nak jumpa? sayang tak mahu berpisah dengan abang.. abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Lelaki : (mengalir air mata).. semoga ALLAH ampunkan abang...malam ni abg tak malas2 lagi

Awak , Kita ini bercintakah ?

Awak,

Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka ,

Melafazkan kata cinta berbalas-balasan ,

Bahkan sering ada jarak antara kita ,

Dan wujud pelbagai batasan ,

Kita ini bercintakah?

Awak ,

Kita ini tidak sering berhubungan ,

Tiada bicara manis ,

Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?


Ya ,

Kita ini bercinta ,

Cuma bukan dengan definisi mereka ,

Tetapi dengan definisiNya ,

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada ,

Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita ,

Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,

Juga bukan pada bicara kata ,

Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan ,

Dan sejauh mana kita menjaga perasaan dari neraka ,

Nanti bila bersama ,

Kita bukanlah keluarga biasa ,

Bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya ,

Awak ,

Bukankah itu adalah cinta ?

Ya Rasulullahﷺ

“Alangkah baiknya, seandai rindu dan cinta kita kepada Allah dan Rasulullah melebihi rindu kita kepada insani…Maha suci Allah yang telah mencipta Muhammad, insan yang berbudi pekerti mulia…semoga kita memperoleh syafaat dari baginda di akhirat kelak…Amin”

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Ingin saya kongsikan kisah di bawah ini. Kisah tentang seorang Umar yang sangat merindui Rasulullah s.a.w.. Hebat keperibadianmu Ya Rasul.


Baginda yang mesti kita cintai selepas Allah s.w.t.. Adakah kita sedar betapa zalimnya kita melupakan pemimpin agung ini..? Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad.

Hayati dengan hatimu sahabatku..


Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, setelah Rasulullah s.a.w meninggal dunia, terdengar Umar bin Khattab r.a menangisi baginda s.a.w sambil berkata:

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah, dahulu hanya sebatang pokok kurma kau jadikan sandaran berdiri apabila sedang berkhutbah. Kemudian, ketika orang semakin ramai, engkau pun menggunakan mimbar agar mereka dapat mendengar seruanmu. Maka, merintihlah pokok kurma dengan perasaan sangat sedih kerana berpisah denganmu. Lalu kau letakkan tanganmu di atasnya, sehingga ia pun tenang kembali. Jika sebatang pokok kurma pun begitu, apatah lagi umatmu, tentulah lebih layak merinduimu ketika kau berpisah dengan mereka.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w., sedemikian besarnya keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia menjadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepadaNya. Sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud:

“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah.” (An Nisaa’;4:80)

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, demikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga Dia memberitahumu tentang kemafaanNya ke atas dirimu, sebelum memberitahumu tentang kesalahan apa yang telah engkau lakukan. Maka Dia pun berfirman:

“Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang)….” (At Taubah;9:43)

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, sedemikian tinggi darjatmu, di sisi Allah Taala, sehingga meskipun Dia mengutusmu sebagai Nabi terakhir, namun Dia telah menyebutmu dalam peringkat pertama di antara para Nabi dan RasulNya. Maka dia pun berfirman:

(Teruslah bertakwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya); perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, danNabi Musa, serta Nabi Isa Ibni Maryam…” (Al Ahzaab;33:7)

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, sedemikian besar keutamaanmu di sisi Allah Taala, sehingga para penghuni neraka sangat teringin seandainya mereka dahulu (ketika masih hidup di dunia) mematuhimu, sementara mereka sedang merasakan azab di dalam neraka.”

“Mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.” (Al Ahzaab;33:66)
“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Sulaiman bin Daud a.s telah diberi oleh Allah taala mukjizat berupa angin sebagai kenderaan yang kecepatannya di pagi hari sama dengan perjalanan sebulan dan kecepatan di waktu petang pula sama dengan perjalanan sebulan, namun perkara itu tidaklah lebih ajaib daripada Buraq yang pada peristiwa Israk Mikraj telah engkau naiki di malam hari sampai ke lapisan langit yang ketujuh, lalu engkau pulang (pada malam itu juga) dan mendirikan sembahyang Subuh di al Abthah (halaman Kaabah).Semoga selawat dan salam Allah Taala tetap ke atas dirimu.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, betapa Isa bin Maryam a.s diberi oleh Allah Subhanahu wa Taala kemampuan untuk menghidupkan orang yang telah mati, maka itu tidaklah lebih menghairankan daripada daging domba yang telah di racuni dan di bakar, terus berbicara kepadamu dan berkata: “Jangan memakanku, sebab aku telah di bubuh racun.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, telah berdoa Nuh a.s ke atas kaumnya dengan berkata:

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorang pun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!” (Surah Nuh;71:26)

“Maka seandainya engkau berdoa ke atas kami seperti doa Nuh a.s itu, nescaya kami semua telah binasa. Betapa tulang belakangmu telah diinjak, wajahmu telah di lukai dan gerahanmu telah di patahkan, namun engkau tetap sahaja tidak mahu mengucapkan sesuatu selain yang baik-baik sahaja. Ketika itu engkau telah berdoa:

“Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti dan barangkali belum mendapat hidayah.”

“Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w, engkau telah memperolehi begitu ramai pengikut walaupun usiamu sangat pendek, yang bilangannya jauh melebihi Nabi Nuh a.s. yang sangat panjang usianya. Sangat ramai orang yang beriman kepadamu, sementara yang beriman kepadanya hanyalah sedikit sekali.”

“Demi ayah dan ibuku., wahai Rasulullah s.a.w, seandainya engkau hanya mahu bercampur dengan orang-orang yang sepadan denganmu sahaja, nescaya engkau tidak akan sudi bergaul dengan kami. Seandainya engkau hanya berkenan menikahi wanita-wanita yang sedarjat denganmu, nescaya engkau tidak akan sudi menikahi golongan kami. Seandainya engkau hanya berkenan makan bersama dengan orang-orang yang setaraf denganmu, nescaya engkau tidak sudi makan bersama-sama dengan kami. Namun demi Allah, engkau telah duduk-duduk bersama kami, menikahi wanita-wanita dari keturunan kami dan makan bersama-sama dengan kami. Engkau juga biasa mengenakan pakaian dari bulu biri-biri, menunggang keldai, meletakkan makananmu di atas lantai dan menjilat jari jemarimu selepas makan, yang kesemuanya itu bersumber dari sikap rendah hatimu. Semoga Allah Taala melimpahkan selawat dan salamNya ke atas dirimu.”

p/s :: Inni Uhibbuka Ya Rasulullah.. ♥  :')

Rindu Rasulullah terhadap Umatnya ♥

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.



“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.

“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”

“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.


Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu. :'(

sumber : i ♥ islam....

وصية رسول الله اونتوق قوم وانيتا

Telah bersabda Rasulullahﷺ. maksudnya:
"Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Karena kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita, apabila ia sholat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu surga yang ia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Pertama kali urusan yang akan ditanyakan pada hari Akhirat nanti ialah mengenai sholat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak)."
Imam Thabrani menceritakan bahwa seorang isteri tidak dianggap menjalankan kewajibannya kepada Allah sehingga ia menjalankan kewajibannya kepada suaminya. Seandainya suaminya memintanya (untuk digauli) walaupun (dia) sedang berada di belakang unta maka ia tidak boleh menolaknya.

Nabi ﷺ bersabda:
'Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sholatnya sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)." (Riwayat dan Hassan)
Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: 'Bersabda Rasulullah SAW: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah ﷺ:
"Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda

Rasulullahﷺ :
"Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tarmizi)
Haram bagi wanita melihat laki-laki sebagaimana laki-laki haram melihat wanita (yang halal nikah) kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual-beli.

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullahﷺ bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, 'Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Rasulullahﷺ bersabda:
"Perempuan yang memakai pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap-gulita pada han Kiamat, tidak ada nur baginya. " (Riwayat Tarmizi)

Sabda Rasulullah ﷺ:
'Dikawini wanita karena empat sebab: karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya dan karena agamanya. Maka carilah yang kuat beragama niscaya kamu bertuah (beruntung)." (Riwayat Bukhari)

Rasulullahﷺ bersabda:
"Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawinnya)."

Nabi ﷺ pemah bersabda:
"Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."
Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya

Ibnu Umar berkata bahwa telah datang seorang wanita kepada Rasulullah ﷺ lalu bertanya,"Apakah hak suami atas isteri?" Jawab baginda,"Tunaikanlah hajatnya sekalipun engkau berada di alas belakang unta. Jangan berpuasa sunat melainkan seizin suami, kalau engkau berpuasa juga maka pahalanya untuk suami dan dosa untuk isteri. Jangan keluar melainkan dengan izinnya, jika keluar juga akan dilaknat oleh malaikat Rahmat dan malaikat azab sehinggalah ia kembali ke rumahnya."
Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:
"Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta dengan tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seorang laki-laki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Tidaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."

Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullahﷺ: "Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan api Neraka."
Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya karena mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah karuniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.

Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh Allah karuniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu karena memuliakan dan menghormati suaminya."

Dan lbnu Mas'ud bersabda Rasulullah ﷺ: 'Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) karena dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya."

Nabi ﷺ bersabda:
"Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari."

Sabda junjungan Rasulullahﷺ :
"Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."

Sabda Rasulullahﷺ bermaksud:
"Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (karena suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."

Syeikh Abdullah AL -fatani:
"Durhaka seorang perempuan yang keluar dan rumahnya kepada majlis zikir atau majlis ilmu yang bukan fardhu ain. Wajiblah atasnya keluar supaya belajar dia akan segala fardhu ain itu dan haram atas suaminya mencegah isteri jika dia (suami) tidak mampu mengajarnya. Jika dia ada ilmu niscaya wajiblah atasnya mengajar akan isterinya itu maka ketika itu haramlah perempuan itu keluar dari rumahnya lagi durhaka dia."

Sabda Rasulullahﷺ :
"Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi. "

Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya "

Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullahﷺ : "Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:
"Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya."

Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam surga."

Rasulullah ﷺbersabda:
"Surga itu terletak di bawah telapak kaki ibu." (Riwayat Ahmad)

Rasulullah ﷺbersabda:
"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syariat, haramlah baginya bau
surga." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Wanita yang meninggal dunia dalarn keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, niscaya ia masuk surga." (Riwayat Tarmizi)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan."

Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud:
"Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)".
Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Perintahkanlah anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan sholat. Apabila mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan sholat hendaklah dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya."
(Riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullahﷺ :
"Ya Fatimah, barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman surga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat"
Hal-hal yang menjadikan wanita itu durhaka kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya baik itu untuk jimak atau menyentuh mana saja bagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami baik itu ketika suami ada di rumah ataupun tidak ada.
c. Keluar rumah karena belajar ilmu yang bukan ilmu fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Tidak mau berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak mengijinkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermuka masam ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika berbicara.
i. Menyakiti hati suami baik itu dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Mengijinkan orang lain masuk ke dalam rumah, sedangkan orang itu tidak disukai oleh suami.



Tersebut dalam kitab Muhimmah, suatu ketika di Madinah, Rasulullah ﷺ keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa orang wanita dalam majlis. Baginda lalu bertanya: "Apakah kamu menyolatkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak." Sabda baginda, "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetap tinggallah di rumah dan berkhidmat kepada suami niscaya pahala sama dengan ibadah- ibadah orang laki-laki."
Imam Ghazali rh.m berkata: "Wajib bagi wanita mengikuti perintah suaminya selagi tidak membawa maksiat."

Ulama-ulama ada berkata, wajib bagi wanita-wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berbicara.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar kepergiannya,
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai wangi-wangian untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tidak adanya.
k Tidak berkhianat ketika ketidak adaan suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suami yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, Surga dan Neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya

Diceritakan di dalam kitab Muhimmah bahwa seorang Badwi menemui Rasulullah ﷺ lalu berkata," Tidak akan aku percaya pada engkau sebelum
ditunjukkan padaku suatu mukjizat." "Apakah yang engkau kehendaki" tanya Rasulullah. "Suruh pohon kurma yang kering itu menghadap engkau," kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, "Pergilah engkau kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya." Arab Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kiri dan ke kanan hingga tercabut akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucap kalimah syahadah. "Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah," katanya lagi. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu berkata lagi. "Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, karena itu ijinkan aku sujud kepadamu setiap kali sujud sholat di belakangmu." Jawab baginda, "Tidak harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, karena membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka."

Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Tiga golongan dari umatku akan mengisi Neraka Jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka itu adalah:
a. Orang yang gemuk tetapi kurus.
b. Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang.
c. Orang yang alim tetapi jahil.
Adapun yang gemuk tetapi kurus itu ialah wanita yang gemuk (sehat) tubuh badannya, tetapi kurang ibadahnya. Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama (yaitu berpakaian tipis atau terlalu ketat hingga terbayang bentuk tubuh badannya). Orang yang alim tetapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram karena kepentingan pribadi. "

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Empat golongan wanita yang berada di surga ialah:
a. Perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram lagi berbakti kepada Allah dan suaminya.
b. Perempuan yang banyak keturunannya lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang (dalam kehidupannya) bersama suaminya.
c. Perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia mengekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya.
d. Perempuan yang ditinggal mati oleh suaminya dan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia mengekang dirinya hanya untuk mengurus anak-anaknya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia menikah karena kuatir putera puterinya akan tersia-sia. (Kalau ada jaminan putera-puterinya tidak akan disia-siakan barulah ia mau menikah).

Dan empat golongan wanita yang berada dalam Neraka ialah:
a. Wanita yang jelek (kotor) mulutnya terhadap suaminya. Jika suaminya pergi, ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya datang ia memakinya (memarahinya),
b. Wanita yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang dia tidak mampu.
c. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum laki-laki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum laki-laki).
d. Wanita yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia tidak sanggup berbakti kepada Allah dan tidak sanggup berbakti kepada Rasul-Nya dan tidak sanggup berbakti kepada suaminya."
Rasulullah SAW bersabda:
"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yang masuk ke masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu surga karena dihisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."
(Riwayat Imam Bukhari dan Usamah bin Lad r.a)

Rasulullah ﷺ juga bersabda: "Aku lihat api Neraka, tidak pemah aku melihatnya seperti hari ini, karena ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka ialah wanita." Baginda ditanya, "Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan cukup." (Riwayat Imam Bukhari)
Sabda Nabi SAW: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, apakah karena mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi, "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
Sabda Rasulullah SAW:
"Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang laki-laki di dalam Neraka dan dua kali ganda seorang laki-laki di dalarn surga. "
Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Fatimah ra dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah
SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?'
Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."

Mendengar kata-kata itu, hati Rasulullahﷺ teriris hingga berlinang air mata baginda. Lalu baginda pun duduk berhampiran alat pengisar kemudian mengambil segenggam gandum dan melafazkan (basmalah).

Ketika Rasulullah ﷺ memasukkan gandum tersebut ke dalam alat pengisar maka bergeraklah alat itu dengan sendirinya sambil alat itu memuji Allah dalam bahasa yang amat indah dan suara yang amat merdu sehingga semuanya dikisar. Lalu Baginda pun berkata, "Berhentilah kamu wahai alat pengisar " Ketika itu Allah telah menjadikan alat itu dapat berkata-kata. "Demi Allah yang mengantarmu dengan kebenaran sebagai seorang Rasul dan dengan berita sebagai orang yang diamanahkan. Aku tidak akan berhenti sebelum kau memberi jaminan dari Allah untuk menempatkan aku di dalam surga dan menjauhkan aku dari api Neraka." Berkata Rasulullah SAW: "Kau adalah batu, namun kau takut pada api Neraka" Alat pengisar menjawab, "Wahai Rasulullah, aku telah mendengar kata-kata ini dari Al Quran: "Wahai orang yang beriman, jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api Neraka yang pembakarnya terdiri dari manusia dari batu-batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, tidak mendurhakai terhadap apa yang diperintahkan Allah kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
Maka Rasulullah pun mendoakan untuk keselamatan batu itu. Selesai berdoa turunlah malaikat Jibril a.s dan berkata: "Wahai Muhammad, Tuhan yang untuknya segala pujian dan yang Maha Tinggi, mengirim salam dan penghormatan dan berpesan kepada engkau, beritahu batu itu berita gembira bahwa Allah telah menganugerahkan pada batu itu keselamatan dari api neraka dan meletakkannya di antara batu-batu surga di dalam mahligai Fatimah di mana ia akan bercahaya bagaikan matahari di alam ini."

Lalu disampaikan berita itu. Baginda memandang kepada Fatimah lalu bersabda: "Wahai Fatimah, sekianya begitu kehendakAllah, pengisar ini akan bekerja setiap hari tetapi Allah ingin mencatatkan untukmu perbuatan baik dan meninggikan derajatmu karena tanggung jawabmu yang berat itu. "

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api Neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi. "

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas takhta di hari Akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya pahala sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dinnya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikan." (Riwayat Abu Hurairah)







Asma binti Khanyah Fazari diriwayatkan telah berkata pada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai-bagai kesukaran karena itu akan memungkinkan dia meninggalkamu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum, Jangan pula dia mendengar melainkan yang enak dan janganlah dia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu."

Kalau sayang, Kenapa putus?

Assalamualaikum..

Ini hanya sekadar tulisan seorang bernama WANITA..

Cerita lama yg tak berapa nak lama...





Rakan : Ko ngan kekasih hati ko apa cerita?

Aku : Kami sdh putus.. (senyum)

Rakan : Kenapa boleh putus? Bukan ko sayangkan dia ka? (persoalan femes yg tak berapa nak femes)

Aku : Sebab aku sayangkan dia lah aku putus ngan dia.. (senyum)

Rakan : Kalau ko sayangkan dia kenapa ko putus ngan dia? (Muka heran lagi)

Aku : Nanti ko akan faham.. (senyum)

Rakan : Pelik lah ko ni.... (m'blahkan diri)


Pelik kah aku ni? Pelik sangatkah bila aku katakan yang aku putus ngan dia sebab aku sayangkan dia..?

"Aku putus ngan dia sebab aku sayangkan dia.."

Alasan logik?


Sebab aku tak nak jadi penyebab dia lalai daripada mengingati Allah.. ^_^

Bila aku katakan aku sayangkan dia, tu bermaksud aku ingin kekalkan rasa sayang ku ini hingga ke syurga..

Bila kami bercinta tanpa ikatan yg sah, banyak perkara yang aku lakukan akan mengheret dia ke neraka...

Aku bukan mahram dia.. Syaitan akan mudah menyuntik nafsu seseorang melalui situasi-situasi begini.. Apatah lagi, aku seorang wanita yg menjadi fitnah terbesar bagi seorang lelaki.. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW :

"Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Aku memang cintakan dia.. Tapi aku tak ingin rasa cinta tanpa ikatan yang sah ini menyebabkan aku dan dia semakin m'abaikan rasa cinta kepada yg lebih utama, cinta kepada ALLAH...

Jika ditakdirkan aku bercinta lagi dengan seseorang, biarlah ketika itu aku hanya BERCINTA dengan SUAMIKU.. seseorang yang halal bagiku.....


"Tiada cinta terindah melainkan cinta selepas nikah " ^_^

"Tapi.. Ko tak sedihkah putus ngan dia?"

Hanya Allah yang tahu perasaan aku.. Bukan mudah melepaskan seseorang yang begitu kita sayang dan cinta.. Tapi, insyaAllah, aku sentiasa yakin dengan ketentuan Allah. Dia Maha Bijak dan sebaik-sebaik perancang...



"Kadangkala Allah tidak berikan sesuatu yang kita mahukan.. Tapi ingatlah, Allah akan sentiasa memberikan sesuatu yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya"


Jadi, tak perlu sedih.. Sekiranya dia merupakan jodohku, bakal imam kepada anak-anakku, insyaAllah, kami akan tetap bersama.. ^_^

Buat, insan yang bernama kekasih, izinkan aku untuk mengecewakanmu di DUNIA agar kau tak kecewa keranaku di AKHIRAT sana...



ya ALLAH..

~✿ Bila kehadiranku MENGANGGU hatinya, tidak membawa KEBAIKKAN padanya, maka Kau pisahkanlah kami biarpun kami terluka..



~✿ Bila aku TIDAK LAYAK dan bukan yang terbaik untuknya.. maka Kau jauhkanlah aku darinya..~✿ Bila bukan aku yang TERTULIS untuk melengkapkan separuh dari agamanya, maka JARAKKAN kami agar tidak timbul rasa yang mengundang KECEWA… ^_^



Sekian.... salam..

Debu-debu dosa

Ke arah mana halanya bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia, bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya......

Terpedaya pada dunia pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa mengejar dunia penuh debu dosa....



Teguhkanlah iman dalam diri...
Moga dikau akan merasai betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati.....

Harus kau percaya dengan pasti dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati sebagai khalifah yang sejati...

Tak perlu kau meragui andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti di akhirat yang abadi ..... :'(

Lembaran hidup wanita solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati Kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama..

Dapatkah aku mendidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
tiada yang sukar untuk dilaksanakan

Mengalir air mataku melihat pengorbanan Puteri Solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah, taat dengan abuyanya
yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar,
dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabahkah jiwa ku ,setabah ummi Nabi Ismail,
mengendong bayinya yang masih merah,
mencari air penghilang dahaga
diterik padang pasir merah
ditinggalkan suami akur tanpa bantah
pengharapannya hanya pada Allah, itulah wanita bernama Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
bersinar harum tersebar bagai wanginya pusara Masyitah…..

Istimewanya wanita

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia sebesar kurnian buat diri..
Dijadikan Tuhan bahunya kuat untuk menampung dunia..
Namun cukup lembut hatinya dalam memberikan kenyamanan di jiwa..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia punya kekuatan dalaman tersendiri..
Kuatnya dia dek mampu melahirkan zuriat penyejuk mata..
Juga tabahnya hati dalam menerima penolakan yang seringkali datang daripada anak-anaknya..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia punya kekerasan hati..
Tatkala orang lain mula menyerah..
Sedang dia tetap teguh menanggung penderitaan keluarga tanpa mengeluh..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia punya kepekaan nurani..
Sabarnya dia dalam mengasihi anaknya-anaknya..
Walau ketika begitu perit disakiti akan hatinya..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia senantiasa setia di sisi..
Saat si suami gagal dalam kehidupan..
Dia menjadi pelengkap tulang rusuk atas segala kekurangan..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia dikurniakan kebijaksanaan mata hati..
Mengetahui bahawa suami yang baik takkan pernah sengaja mengguris hati yang pilu..
Namun sekadar menguji ketetapan hatinya di sisi suami tanpa ragu..

Wahai lelaki..
Istimewanya wanita kerana dia dianugerahi air mata suci..
Khusus menjadi peluah perasaan..
Bilamana ia perlu untuk dititiskan...

Lalu mengertilah wahai lelaki..
Istimewanya wanita bukan kerana kecantikan pakaian di tubuhnya sendiri..
Bukan kerana susuk badan yang ditampilkannya..
Atau bukan bagaimana juga dia menyisir akan rambutnya..

Tapi renunglah jauh ke dalam matanya..
Kerana di situlah pintu hatinya..
Tempat di mana cinta itu ada..
Hadiah teristimewa dari Maha Pencipta...

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad SAW?

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad SAW?
 ♥ Kalau dulu pada zaman Nabi Lut A.S, kaumnya yang berorientasi hubungan luar tabii, Allah azab terus lenyap dari muka bumi..
 ♥ Tetapi bagi umat Nabi Muhammad SAW, Allah tunda dulu azabNya di muka bumi ini, Allah beri peluang agar pengamal seksual songsang ini bertaubat..

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad SAW?
 ♥ Kalau dulu atas kesilapan Nabi Adam A.S dan Hawa memakan buah terlarang, mereke terus teraib dan di singkirkan dari syurga..
 ♥ Tetapi sekarang, kerana kita umat Baginda SAW Allah tidak mengaibkan terus pada mereka yang membuat perkara yang ditegah dan dilarang. Allah beri peluang kita untuk bertaubat..

Beruntungkah kita umat Nabi Muhammad SAW?
♥ Dulu umat Nabi Nuh A.S majoritinya tidak mahu beriman kepada Allah, Lalu Allah tenggelamkan dunia dengan banjir besar.
♥ Tetapi sekarang kita umat Nabi Muhammad SAW, Allah beri peluang untuk kita insaf dan perbaiki diri..

 Beruntungkah kita di akhir zaman ini?
 ♥ Sebenarnya kita di akhir zaman ini adalah umat yang paling rugi, jika tidak betul-betul mengikut cara Nabi SAW dan mengabaikan perintah Allah SWT..

 Beruntungkah kita umat akhir zaman?
 ♥♥ Ya! kerana umat Nabi Muhammad SAW yang paling mudah meraih ganjaran pahala. Satu kebaikkan yang dilakukan, Allah akan beri ganjaran pahala 10 kali ganda..



p/s - Beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW, umat yang terakhir di dunia, namun yang pertama juga yang di hisab di akhirat..

Cerita Lawak

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...



"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN... "



"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."



"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."



"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"



"Lawak kan, ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"



"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..



Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..



tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

3 soalan 1 tamparan

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.


Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika
Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan...

"Sahabat, Mari kita duduk, beriman sejenak?"

Kan Dah Kena ! :D haha


Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut
supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru
tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi
kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada
seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat
tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
Guru tadika: !@#$%^&* =_='

Nilai kecantikan yang sebenar

Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,

Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,

Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,

Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,

Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,

Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,

Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,

Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,

Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,

Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’,


Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu..

Perihal Muslimah Sejati

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab 
“anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.

muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Hidayah Allah

"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh. 

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut. 

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents! 

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat. 

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad. 

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari. 

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."

Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.

p/s: Moga2 kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.

Allah tidak izinkan aku bercinta

~~~~~~~~
Allah tidak izinkah aku bercinta
Kerana DIA tahu ku kan alpa
Dalam menghirup nikmat dunia
Hingga ku lupa apa ertinya hamba….


Allah tidak izinkan aku bercinta
Kerana dalam manisnya cinta
Terselit racun berbisa
Yang akan menjebakkanku dalam dosa..


Allah tidak izinkan aku bercinta
Kerana ini belum masanya
Saat itu hanyakan tiba
Ketika aku menjadi yang halal buat si dia..


Allah tidak izinkan aku bercinta
Kerana cinta aku padaNya masih tidak seberapa
Saat aku menyerahkan  seluruh cintaku padaNya
Barulah DIA kirimkan aku sebuah cinta
Dari insan yang juga mencintaiNya sepenuhnya..


Akan ku nanti saat itu..
Di saat Allah mengizinkan aku untuk bercinta…InsyaAllah… <3 ^___^ <3

La Tahzan

I asked for strength..
and Allah gave me difficulties to make me strong ♥♫♥

I asked for wisdom..
and Allah gave me problem to solve ♥♫♥


I asked for courage
and Allah gave me obstacles to overcome ♥♫♥

I asked for love..
and Allah gave me troubled people to help ♥♫♥

I asked Allah for favors
and Allah gave me opportunities.. ♥♫♥

✿ “Maybe I received nothing I wanted
But I received everything I needed…”✿

Alhamdulillah…
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

✿Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi
✿Biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai
✿Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat..
✿Biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula

✿Biarkan diri derita, agar ku tahu kepahitan derita ini, agar ku sedar kesengsaraan ini..Tidak sama..bahkan hanya secebisa dari penderitaan Rasulullah SAW…

✿~✿~✿ “Ku sedari bahawa tiada satu musibah pun yang ditimpakan Allah kepadaku kecuali musibah itu telah menimpa orang lain sebelum ku..” ✿~✿~✿

Bersangka baiklah terhadap Allah dalam apa jua keadaan… ♥
♥La takhaf wa  La Tahzan, Innallaha ma'ana ♥
✿~✿~✿ (^_^)✿~✿~✿

Cinta dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)

Doa Pelembut Hati

Ya Allah..
Kurniakanlah kami lidah yang lembut basah dengan meningati dan Menyebut nama-Mu,
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu,
Serta  badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah..
Kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna
serta keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah..
Kurniakanlah kami agama yang betul,
selamat dari mara bahaya dan petaka.
Kami mohon Ya Allah
Kecukupan supaya kami tidak meminta-minta,
berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan
orang lain selain daripada Mu.
Kembangkanlah lembayung rehmatMu kepada kami, sekeluarga serta sesiapa
sahaja yang bersama-sama kami.
Ya Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih..
perkenankanlah doa kami ini..
Agar landasan kehidupan kami ini sentiasa berada dijalan redha Mu...
Amin....